salam buat sahabat-sahabat sekalian..coretan kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat bagaimana akhlak mampu menjadi pemangkin kepada perubahan sesebuah negara islam.
Sebenarnya aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah dititik berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan" bahawa krisis yang dihadapi oleh dunia sekarang adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.
Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan sesebuah negara islam walaupun di saat- saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.
justeru itu, dapatlah saya nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya.
semoga coretan yang ringkas ini memberi manfaat kepada kita untuk melihat kembali faktor yang menyebabkan kejatuhan islam dan membina semula kegemilangan sesebuah negara islam pada hari ini.
No comments:
Post a Comment