Sunday, October 24, 2010

Akhlak Pemangkin Perubahan

salam buat sahabat-sahabat sekalian..coretan kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat bagaimana akhlak mampu menjadi pemangkin kepada perubahan sesebuah negara islam.


Sebenarnya aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah dititik berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan" bahawa krisis yang dihadapi oleh dunia sekarang adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.

Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan sesebuah negara islam walaupun di saat- saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.

justeru itu, dapatlah saya nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya.


semoga coretan yang ringkas ini memberi manfaat kepada kita untuk melihat kembali faktor yang menyebabkan kejatuhan islam dan membina semula kegemilangan sesebuah negara islam pada hari ini.

Tuesday, August 24, 2010

~politik oh politik~

Isu yang sering dibahaskan oleh masyarakat kita pada hari ini..pelbagai ragam dan gelagat masyarakat yang dapat kita lihat apabila membincangkan isu yang berkaitan dengan politik negara.

sudah pastinya kita tidak dapat lari dari mendengar atau berbincang tentang politik negara kerana disetiap negara mempunyai politiknya tersendiri.cuma dari sudut pelaksanaan, organisasi, kehebatan sesuatu politik yang membezakan diantara politik-politik sesebuah negara.

di dalam sesebuah negara, politik memainkan peranan penting dalam kemajuan negara tersebut.untuk melihat negara itu maju, perlulah kepada kekuatan yang jitu dalam organisasi politik.

apa yang ingin diperkatakan oleh penulis di sini adalah masyarakat islam perlu bersatu untuk sama-sama membangunkan negara ini, bukan dengan menunjukkan siapakah yang paling hebat dalam dunia politik sekarang.apabila keputusan dibuat, perlulah melihat kepada generasi akan datang, bukan untuk kepentingan pada masa itu sahaja.masyarakat juga perlu membuka minda mereka dengan memilih pemimpin yang sepatutnya menjadi seorang pemimpin yang membawa kepada kemajuan sebuah negara islam bukan terlalu ta'asub dengan parti-parti yang disukainya.

apabila masyarakat terlalu ta'asub dan berbalah antara satu sama lain, penyelesaian yang ingin dibuat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada sesebuah negara,tidak akan mendapat keputusan yang tepat.Hal ini akan membawa impak kepada generasi akan datang.

oleh yang demikian, politik yang terbaik untuk kita contohi adalah politik di zaman Rasulullah dan para sahabat iaitu mengamalkan sistem Syura dalam menegakkan syiar Islam dan mengangkat negara sebagai negara yang cemerlang dan bertamadun.

wasalam..

Pada Hemat saya

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita mengucap syukur atas kurniaan Allah untuk berada di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini .

Ramadhan tahun ini kita sambut di saat kecelaruan masyarakat dalam hala tuju kehidupan , dalam mencari makna dari kehidupan . Kecelaruan inilah yang dapat kita lihat bila mana dalam beberapa bulan yang lepas sebuah negara telah membenarkan dan mengguna pakai undang-undang perkahwinan sejenis . Bahkan PM negara tersebut juga mengamalkan cara hidup yang sama . Atas kehendak Allah juga negara tersebut telah diturunkan bala . Peristiwa perlakuan kaum Lut ini juga baru-baru ini menggemparkan negara kita . Kumpulan pencinta sesama sejenis ini telah membuat pertemuan dengan SUHAKAM untuk memohon agar hak-hak mereka dihormati dan di perakui .

Ramadhan tahun ini juga kita sambut dengan peningkatan yang amat membimbangkan dalam gejala sosial . Kes-kes pembuangan bayi dan penzinaan berlaku secara luar biasa . Nampaknya ugkapan beberapa pendakwah berkaitan Jahiliyah Zaman ini ada kebenarannya . Amalan Jahiliyyah dalam perbagai aspeknya telah menjadi amalan sesetengah masyarakat kita .Nauzubillah .

Asas kepada kecelaruan dan kebobrokan ini ialah kegoyahan akidah yang menjadi tunjang nadi kepada seseorang individu itu . Benteng akidah yang kuat sahaja memampan segala godaan dan pujukan syaitan . Di samping itu juga kita juga perlu untuk tinggal dalam suasana yang dididik atas asas akidah Islam yang kukuh .

Perkara ini telah diulas oleh Sheikh Abul Hassan Ali An Nadawi dalam kitab beliau yang barang kali boleh kita berkongsi iaitu :
ماذا خسر العالم بانحطاط المسلمين
Apa yang dunia rugi dengan kemunduran umat Islam.

Pada hemat saya buku ini wajar dimiliki dan dibaca oleh setiap orang khasnya para Dae'i .


Balik kita pada kisah Ramadhan yang datang dengan harapan dapat kita betulkan segala niat dan keazaman dan meningkatkan amalan kerohanian agar kita hampir dengan Allah dan mendapat pertolongannya dalam usaha murni kita.

Semoga Allah kabulkan segala amalan kita di bulan yang mulia ini... Ameeen